Thursday, June 16, 2016

Lost world

Lost,hilang kosong, what else ? Emptiness ,loneliness, bulan ramadhan tapi kosong. Kawan kawan makin jauh, yang mana rapat makin hilang, hehe thats life dude. Whatever u had yesterday there is no promises it will stay the same tommorow. Whatever you had today will be dissapear anytime sooner or later. Tiada apa pun yang kekal, memori makin hari makin pudar, rasa makin lama makin hilang, yang tinggal hanya kekosongan hahha well thats negative vibe surrounding myself today jumaat 17 june 2016. Well this is the space to write everything . Hmmm 27 interview harap semua nya ok ,harap dapat dan segalanya dipermudah. 29 ulangan test jpj harap lepas juga. Haihh fikir pasal kehidupan ni tak akan habis. Tapi apa2 pun impian untuk berhijrah suatu hari nanti tetap terpahat di hati hahah, dan yang pasti bila aku dah dapat kerja nanti aku akn pastikan buat pertama kali nak ambil kelas violin . Way to go MJ #roadlesstaken because i love music. Haha ok thats all for today, still feeling sad dah dekat 6 bulan hidup tak move on.

Monday, June 13, 2016

I'll be back!!!

Woahh tak sangka dah pertengahan 2016 dan tak sangka hampir 6 bulan grads dan paling tak sangka berjaya habislan perjuangan mendapatkan segulung ijazah. Awal tahun 2016 merupakan detik di mana segala tentang hidup menjadi haru biru kepada hidup yang sememangnya dari hari ke hari semakin menyimpang jalanyan. Okay sampai di situ kalau diteruskan mahu meleret-leret, tapi dipendekkan cerita, ujian mendatang menjadikan aku sesuatu yang lain , iaitu seseorang yang tak boleh move on ,pemarah , pendendam, dan yang pasti tidak redha sepeuhnya tentang apa yang menimpa ke atas aku. Katanya ujian yang menimpa akan dibalas dengan kebaikkan yang tidak terjangka ,nampaknya aku gagal dalam ujian ini, sebagaimana gagal nya ujian litar JPJ aku hahahhaa.
Next chapter is, in this wisdom space, where the place i put all my thought and feelings. Now it is 1.01 am and i think it's the best time to write something since I couldn't sleep. Oh ya this is fasting month.

Almost 27 years living in this temporary heaven. A lots of ups and downs, have seen the karma, the people, the floral and fauna. This 6 month interrogation of my life journey give me too much time to waste and thinking about life at the same time. Start doubting myself, start hating myself , starts blaming everyone, and indeed i did not even recognize my own self anymore. This is critical, and just now started to think about all this journey is already set up for you. What i need to do is to be grateful. Grateful dude, i think thats all for now..to be continue, weird huh too much in my head but when i start to write its 60 percent out of its main points. Good night.

Tuesday, May 20, 2014

hidup

Waktu berdetik, hari berlalu tidak ada sekalipun terhenti lalu membuat diri ini berfikir sejenak tanpa aku sedari  hampir 25 tahun aku bernafas di atas muka bumi ini,  hampir 18 bulan berada di bumi Adelaide demi mengejar cita-cita yang tidak pasti. Setiap hari yang berlalu terasa sia-sia.

Mengapakah ini terjadi?? seringkali menjadi persoalan hidup apakah tujuan dan kehendak hidup aku..selama ini hari yang berlalu tanpa apa-apa pengertian..Ya Allah sudah terpesongkah aku dari jalanan yang kau tuliskan untukku ,,tidak dapat aku pastikan masih tercari-cari pendirian, karisma, pedoman, makna hidup masih lagi samar-samar di perjalanan tanpa henti.

Begitulah serba sedikit keluhan yang tidak pernah habis sepanjang 25 tahun aku bernafas di dunia ini..

jauh perjalanan luas pemandangan, begitu para ilmuan berfalsafah terkadang aku tersedar tuhan telahpun merancang sebaik-baik perjalanan untuk kita. Tanpa kita ketahui setiap saat dan detik yang berlalu serta peristiwa yang berlaku adalah atas kehendakNya terpulang kepada kita mahu jadikan sekecil-kecil kejadian atau peristiwa itu sebagai panduan dalam melayari kehidupan.

Demi masa aku telah membuang hampir keseluruhan hidupku kepada perkara yang sia-sia. sampai ke saat ini masih mencari kekuatan untuk menghadapi kelemahan diri, 25 tahun adalah masa yang panjang dan setahun setengah di sini adalah masa yang panjang untuk berlakon menjadi orang lain.

Demi masa aku telahpun kerugian, rugi yang teramat besar iaitu masa...masa..masa hanya beberapa tahun mungkin beberapa bulan, minit dan juga saat yang terbaki untukku tidak dapat aku pastikan kerana ianya menjadi rahsia sang pencipta.

Terkurung di dalam rahsia hati, penjara jiwa, selama-lamanya tidak akan usai. Soal hati dan perasaan seakan-akan tidak pernah berakhir untuk diriku. Hanaya DIA dan AKU yang tahu rahsia hati ini. Semoga dia berbahagia sehingga ke akhir hayat bersama insan yang dipilih semoga hati ini kebal dengan kesakitan yang tak terwujudkan semoga jiwa ini teguh menafikan kenyataan semoga pada akhirnya aku mengerti haq  yang hakiki walaupun hati sering meminta-minta untuk dimakbulkan hajat, namun hakikat kehidupan itu tidak sesekali akan berubah.

terkadang terlintas ya dia mahu menguji ku,, namun ujian sebegini tidak masuk dek akal kerana terkeluar dari norma kehidupan manusia. yang tidak tahu pasti mengeji sedangkan yang bertopengkan jubah alim itu jauh lebih keji dari aku yang dikeji. lalu apakah harus aku lakukan , menyumbang tidak, memberi tidak menerima tidak.. pada akhir kata aku terima apa sahaja ketentuan mu.

Pada akhirnya juga aku masih mencari tiang teguh agar dapat ku menampung berat permaslahan ini.. sebenarnya kita berhak mencorakkan jalan hidup, kita berhak mengubah landasan hidup ,kita berhak jadi apa yang kita mahu..dengan redha serta keizinan dar yang maha Esa.


Tuesday, January 14, 2014

At the end of the world

When right turned wrong
White turned blacks
Male turned to female
Jihad turned as terrorism
Muslims turned to atheist
Everything yurned upside down it just we too near too the end of the world

But still we are here blind deaf enough to hear  neither to understand moreover to help ourselves when we cant even listen to the fear and and pain of our sister and brother in the other world.

We are hear chasing the world
And yet  forgotten how short it is our lives in this temporary heaven created by human and covered up with greed and lust.

We are at the end of the road
The truth is outhere
It wont reveal untill u search for it

Monday, January 9, 2012

Mungkin Aku hina tetapi itu tidak menjadikan kamu lebih Mulia"

Yang benar ternampak salah 
Yang Salah Ternampak benar
Cerita direka menanti masa
Untuk meniup api ke setiap hati
Yang baik tidak ternampak 
yang buruk sering dicari
Hai si mata satu berdekah2 ketawakan kita
Berjaya Memecah belahkan susunan yang sedia rapuh
Nampak atau tidak kita semakin lemah
Menanti masa masuk ke perangkap dunia
Syurga kafirun,neraka mukminin
Permainan hampir tamat 
Namun kita masih belum melihat
Bukakanlah hijab mata hati
Kerana yang benar belum tentu benar
Dan yang salah belum tentu salah
Realiti belum tentu pasti
Yang menang belum tentu penegak kebenaran
Yang jahil belum tentu pengikut Iblis dan kafir
Kamu yang melihat,kamu yang menilai tetapi menghukum jangan sekali
Rahmat DIA tiada terbatas
lihat apa yang tersurat dan fahamilah apa yang tersirat
Setiap yang terjadi penuh berhikmah
Perangkap sudah temui habuan 
Maka kebangkitan sudah hampir pasti...akhir zaman...yg salah kelihatan benar..yg benar kelihatan salah.

Kata-kataku jangan disalah ertiKerana yang tesurat pasti berbeza dari tersirat
Kerana mungkin apa yang aku sampaikan akan berbeza dengan apa yang kamu fahami

Ape yang tersurat bukan jawapan tetapi klu bagi yang mencari"
Tetapi fahamilah apa yang tersirat kerana itu adalah sebuah jwapan yang pasti"
Kamu tidak akan faham sehingga kamu cuba untuk memahaminya.

"Mungkin aku hina tetapi itu tidak menjadikan kamu lebih mulia"
"Mungkin pandanganmu mengatakan aku tidak layak tetapi itu juga tidak menjadikan kamu lebih layak"
"Apabila kamu merasakan kamu lebih mulia dan memandang hina pada orang lain"
"itu petanda sifat iblis mula mengikis amalanmu"
Hanya rahmat tuhan yang layak menentukan pengakhiran manusia"

Mungkin Aku hina tetapi itu tidak menjadikan kamu lebih Mulia"

Yang benar ternampak salah 
Yang Salah Ternampak benar
Cerita direka menanti masa
Untuk meniup api ke setiap hati
Yang baik tidak ternampak 
yang buruk sering dicari
Hai si mata satu berdekah2 ketawakan kita
Berjaya Memecah belahkan susunan yang sedia rapuh
Nampak atau tidak kita semakin lemah
Menanti masa masuk ke perangkap dunia
Syurga kafirun,neraka mukmimin
Permainan hampir tamat 
Namun kita masih belum melihat
Bukakanlah hijab mata hati
Kerana yang benar belum tentu benar
Dan yang salah belum tentu salah
Realiti belum tentu pasti
Yang menang belum tentu penegak kebenaran
Yang jahil belum tentu pengikut Iblis dan kafir
Kamu yang melihat,kamu yang menilai tetapi menghukum jangan sekali
Rahmat DIA tiada terbatas
lihat apa yang tersurat dan fahamilah apa yang tersirat
Setiap yang terjadi penuh berhikmah
Perangkap sudah temui habuan 
Maka kebangkitan sudah hampir pasti...akhir zaman...yg salah kelihatan benar..yg benar kelihatan salah.

Kata-kataku jangan disalah ertiKerana yang tesurat pasti berbeza dari tersirat
Kerana mungkin apa yang aku sampaikan akan berbeza dengan apa yang kamu fahami

Ape yang tersurat bukan jawapan tetapi klu bagi yang mencari"
Tetapi fahamilah apa yang tersirat kerana itu adalah sebuah jwapan yang pasti"
Kamu tidak akan faham sehingga kamu cuba untuk memahaminya.

"Mungkin aku hina tetapi itu tidak menjadikan kamu lebih mulia"
"Mungkin pandanganmu mengatakan aku tidak layak tetapi itu juga tidak menjadikan kamu lebih layak"
"Apabila kamu merasakan kamu lebih mulia dan memandang hina pada orang lain"
"itu petanda sifat iblis mula mengikis amalanmu"
Hanya rahmat tuhan yang layak menentukan pengakhiran manusia"
Far east ink 201291 -ori-